Akaun homebakeratclover.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
Projek Buat Baik 2023
Assalamualaikum wbt.

Bersempena dengan kemulian bulan Ramadan ini, HOMEBAKER AT CLOVER ingin mengajak anda untuk menyumbang dan bersama-sama kami dalam menyantuni pesakit-pesakit dan Para Petugas hospital-hospital kerajaan dalam Projek Buat Baik 2023 (PBB 2023)

Secara umumnya, kebanyakan pesakit di wad-wad berikut terdiri daripada mereka yang kurang berkemampuan. Pada kebiasaannya, mereka kurang menerima penziarah memandangkan kebanyakan penjaga atau waris mereka sibuk mencari pendapatan tambahan sepanjang Ramadan. 

Sehubungan itu, Pengasas Projek Buat Baik ini Puan Mawar Hariaety Azmi telah mengambil inisiatif untuk mengedarkan pek ziarah khas buat pesakit-pesakit di wad-wad berkenaan.

Hasil daripada sumbangan beliau dan rakan-rakan, beliau bermula dengan edaran 700 pek pada 2015. Usaha kecil beliau ini kemudiannya telah dipanjangkan lagi dengan kerjasama bersama Kelab Generasi Dinamik dan Juga Agensi yang terlibat dalam membantu melebarluaskan lagi edaran pek ziarah khas ini. Hasil kerjasama ini, kami telah berjaya mengedarkan sehingga 2,500 pek ke 15 buah hospital kerajaan. Walaubagaimanapun, di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, PBB ini terpaksa ditangguhkan untuk tahun 2021 sehingga 2022 di atas musibah yang melanda negara kita.


Untuk meneruskan kembali tradisi PBB kali ini, Puan Mawar bangkit kembali dengan syarikat barunya, Homebaker at Clover dengan kerjasama beberapa agensi lain untuk menjayakan PBB 2023. Selaku penggerak PBB 2023 kali ini, kami dengan rendah hati mengalu-alukan sumbangan anda untuk menaja pek ziarah khas dangan nilai RM 60 setiap lot.

“Sesiapa yang menziarahi orang yang sakit atau menziarahi saudara seagama kerana Allah maka malaikat akan berkata kepadanya, beruntunglah kamu dan beruntunglah urusanmu dan (ketahuilah) bahawa kamu telah menempah syurga sebagai tempat tinggalmu.” (Riwayat Imam al-Tirmizi dan Ibn Majah).

Untuk maklumat lanjut berkenaan program PBB 2023, boleh berhubung dengan En Azrie di 0113 216 7777 atau Puan Masrina di talian 019-333 1794 atau melalui link berikut https://homebakeratclover.com/charity-event-pbb/?fbclid=IwAR1-_2KFbYt9ZVdIa08HCJrj4yJklytaKtA0dY3qnMdmG0W-wC7bGF-Ttoo

Anda Memberi, Mereka Bahagia.